BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 7, 2010

Persoalan yang sering ditanya mengenai Gerhana


s : Bolehkah sembahyang gerhana dilakukan di kawasan yang luas lagi lapang ?

J : Boleh, tiada halangan bagi perkara tersebut. Sebaiknya dilakukan di Masjid sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Wallahu A'lam

S: Adakah disunatkan untuk Iqamah ?

J: tidak disyariatkan dilauangkan Iqamah bahkan disunatkan melaungkan الصلاة جامعة sebagaimana yang diriwayatkan oleh

Bukhari daripada Abdullah bin Amru ;

لَمَّا كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُودِيَ إِنَّ الصَّلَاةَ جَامِعَةٌ

"Ketika berlaku gerhana Matahari di zaman Rasulullah s.a.w, 
maka diserukan " sembahyang berjemaah"
dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w mengutus seseorang ntuk menyeru kaum muslimin dengan seruan tersebut. [ Sahih Muslim 1501]
 Wallahu A'lam

S : Bagaimana cara melakukan solat gerhana ?

J : Yang afdalnya adalah kaifiah solat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu sebanyak 2 rakaat dan setiap rakaat mempunyai 2 qiyam ( berdiri ), 2 ruku' dan 2 sujud ( seperti biasa ) begitu juga diulang pada rakaat kedua . Maka, sembahyang gerhana itu mempunyai 2 rakaat, 4 qiyam, 4 rukuk dan 4 sujud.
Namun, dibolehkan juga untuk bersembahyang sunat tersebut sebagaimana sunat biasa. rujuk artikel sebelum ini.Wallahu A'lam

S : Bila berakhirnya sembahyang gerhana ?

J : Sembahyang gerhana bermula ketika berlakunnya gerhana samada matahari atau bulan dan berakhir sehingga luput waktu gerhana.Wallahu A'lam


S : Bolehkah sembahyang gerhana digantikan di waktu yang lain ?

J : Tidak disyariatkan Qada' atau ganti sembahyang gerhana setelah luput waktunya. Wallahu A'lam


S : Bolehkah berpuasa kerana berlakunya gerhana?

J : Tidak disyariatkan . Wallahu A'lam


S : Ada yang mengatakan bahawa sujud juga disunatkan dipanjangkan bacaan tasbih sebagaimana ruku' ?

J : Para ulama Fiqh berselisih pandangan mengenai perkara ini, menurut Imam Syirazi di dalam kitabnya Muhazzab menjelaskan bahawa tidak disunatkan memanjangkan sujud sebagaimana ruku' kerana Imam Syafi'e tidak pernah menaqalkan perkara ini dan tidak ada sandaran sahih mengenainya, namun Imam Nawawi di dalam penjelasan dalam kitab Majmuk iaitu syarah kepada kitab Muhazzab 6/117-119 menyatakan bahawa para ulama syafi'e berselisih mengenai perkara tersebut. Imam Nawawi menyatakan bahawa memanjangkan sujud sebagaimana ruku' juga adalah sunat. Ianya berasaskan beberapa hadith sahih di antara hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abi Musa al-Asyari yang menceritakan cara sembahyang Nabi s.a.w ketika gerhana ;

 فَأَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ
( Gerhana telah berlaku pada zaman Rasulullah, lalu Rasulullah s.a.w berdiri dengan keadaan terkejut ( takut ) kerana dikhuatiri kiamat akan berlaku ) maka Rasulullah s.a.w telah pergi ke Masjid dan bersembahyang, maka Rasulullah s.a.w memanjangkan qiyam ( berdiri) , ruku' dan juga sujud . [ Sahih Bukhari (999) ]

Imam Nawawi juga menegaskan bahawa Imam Syafi'e ada menyatakan perkara ini melalui riwayat Imam Buwaiti. Pandangan ini juga disokong oleh Imam Haramain, Imam al-Ghazali dan al-Bughawi. Imam Nawawi juga menaqalkan kata-kata Imam Syafi'e yang masyhur " Apabila sesuatu hadith itu sahih yang menyalahi pandangan aku, maka tinggalkan pandangan aku dan beramallah dengan hadith ( sahih ) tersebut"

Oleh kerana terdapat hadith yang sahih lagi thabit, maka sunat juga dipanjangkan tasbih di dalam sujud sepertimana ruku'. wallahu alam
[ Rujuk kitab Majmuk, Jilid 6, Halaman 117-119 ]



S : Bolehkah sembahyang gerhana dilakukan secara sendirian ?

J : Boleh, dan sah solatnya. Wallahu A'lam


S : Adakah sah sembahyang gerhana sekiranya tidak membaca khutbah gerhana ?

J : Sah kerana khutbah gerhana bukan syarat sah sembahyang gerhana bahkan khutbah tersebut hanya sunat sahaja. Wallahu A'lam


S : Adakah khutbah gerhana sama seperti khutbah jumaat ?

J : Sama sahaja dari segi rukun dan syarat-syaratnya.Wallahu A'lam

WALLAHU A'LAM


0 comments: