BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 23, 2010

Penemuan Planet Gergasi Zuhal Amat Menakjubkan

Alam semesta ciptaan Allah SWT begitu luas hingga tidak terjangkau minda manusia untuk memikirkannya. Semua ini adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Ilahi. Bumi yang kita diami terasa begitu kecil kerana ada banyak lagi planet yang lebih besar  terbentang di alam yang terbentang luas ini.

Pada awal Oktober lalu ( 2009 ), dunia astronomi dikejutkan dengan penemuan satu lingkaran gergasi planet Zuhal yang keluasannya menampung kira-kira satu bilion bumi. Ia mempunyai 61 bulan.

Lingkaran gergasi yang dirakam teleskop angkasa milik Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) itu mempunyai ukuran lilit kira-kira 36 juta kilometer dan lebarnya 12 juta kilometer.

Planet itu mengandungi debu dan ketulan air dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia menjadi satu catatan sejarah tersendiri bidang astronomi selepas penemuan lingkaran pertama Zuhal oleh Galileo Galilei kira-kira 400 tahun lalu.

Apa yang menarik, penemuan terbaru oleh sepasukan penyelidik Universiti Virginia itu juga yang terbesar pernah ditemui dalam sistem solar atau suria. Digelar 'lingkaran bersaiz luar biasa' oleh pasukan sainstis berkenaan kerana ia merangkumi debu dan partikel memang cukup besar.
Malangnya, biarpun bersaiz gergasi, lingkaran terbaru itu telalu pudar untuk dilihat dari bumi. Apa pun ia sememangnya satu penemuan yang menakjubkan dan menarik.

Sainstis astronomi Institut Penyelidikan Southwest di Amerika, John Spencer, Prof Carl Murray, yang juga seorang penyelidik utama misi kapal angkasa NASA, Cassini yang berlepas ke Zuhal pada 2004, menyifatkan penemuan itu hanya mengiyakan ramalan saintifik kurang dikenali yang dibentangkan 30 tahun lalu.

Prof Murray berkata, penemuan itu menyelesaikan misteri mengapa satu daripada bulan planet itu, Iapetus, gelap di satu sisi dan terang di satu sisi lagi. Seperti bulan di bumi, Iapetus juga 'terikat' pada Zuhal, menyebabkan bahagian yang berdepan Phoebe akan terkena impak serpihan yang datang dari bulan berkenaan.

Sumber : Majalah Milenia Muslim, Januari 2010 THN.8 bil.89

0 comments: