BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 31, 2010

Ummat al-Quran


Saturday, January 23, 2010

Penemuan Planet Gergasi Zuhal Amat Menakjubkan

Alam semesta ciptaan Allah SWT begitu luas hingga tidak terjangkau minda manusia untuk memikirkannya. Semua ini adalah bukti kebesaran dan kekuasaan Ilahi. Bumi yang kita diami terasa begitu kecil kerana ada banyak lagi planet yang lebih besar  terbentang di alam yang terbentang luas ini.

Pada awal Oktober lalu ( 2009 ), dunia astronomi dikejutkan dengan penemuan satu lingkaran gergasi planet Zuhal yang keluasannya menampung kira-kira satu bilion bumi. Ia mempunyai 61 bulan.

Lingkaran gergasi yang dirakam teleskop angkasa milik Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) itu mempunyai ukuran lilit kira-kira 36 juta kilometer dan lebarnya 12 juta kilometer.

Planet itu mengandungi debu dan ketulan air dan tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia menjadi satu catatan sejarah tersendiri bidang astronomi selepas penemuan lingkaran pertama Zuhal oleh Galileo Galilei kira-kira 400 tahun lalu.

Apa yang menarik, penemuan terbaru oleh sepasukan penyelidik Universiti Virginia itu juga yang terbesar pernah ditemui dalam sistem solar atau suria. Digelar 'lingkaran bersaiz luar biasa' oleh pasukan sainstis berkenaan kerana ia merangkumi debu dan partikel memang cukup besar.
Malangnya, biarpun bersaiz gergasi, lingkaran terbaru itu telalu pudar untuk dilihat dari bumi. Apa pun ia sememangnya satu penemuan yang menakjubkan dan menarik.

Sainstis astronomi Institut Penyelidikan Southwest di Amerika, John Spencer, Prof Carl Murray, yang juga seorang penyelidik utama misi kapal angkasa NASA, Cassini yang berlepas ke Zuhal pada 2004, menyifatkan penemuan itu hanya mengiyakan ramalan saintifik kurang dikenali yang dibentangkan 30 tahun lalu.

Prof Murray berkata, penemuan itu menyelesaikan misteri mengapa satu daripada bulan planet itu, Iapetus, gelap di satu sisi dan terang di satu sisi lagi. Seperti bulan di bumi, Iapetus juga 'terikat' pada Zuhal, menyebabkan bahagian yang berdepan Phoebe akan terkena impak serpihan yang datang dari bulan berkenaan.

Sumber : Majalah Milenia Muslim, Januari 2010 THN.8 bil.89

Sunday, January 17, 2010

Mahfuz: Pengumuman Nazri boleh rumitkan lagi isu 'Allah'

Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh menggunakan perkataan Allah, tetapi melarang mereka di Malaysia Barat berbuat demikian, boleh merumitkan lagi isu tersebut, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, bukan sahaja kini ada dua set peraturan, tetapi menteri berkenaan juga tidak sepatutnya membuat kenyataan tersebut memandangkan proses mahkamah berhubung isu itu masih berjalan.

"Bagaimana kalau Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi? Bagaimana pula kalau ia menolaknya? (Pengumuman Nazri) akan menimbulkan lebih banyak masalah," kata Mahfuz ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.



Semalam, Nazri mengumumkan bahawa penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung juga mesti menghormati larangan tersebut.

Nazri menyatakan demikian satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Menteri itu berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Mahfuz adalah antara pemimpin PAS yang paling lantang mengkritik cara kerajaan menangani isu tersebut, yang telah mengakibatkan berlakunya insiden di mana beberapa gereja dibaling bom api dan menjadi sasaran perbuatan vandalime.

Insiden tersebut berlaku selepas Mahkamah Tinggi membenarkan mingguan Katholik, Herald menggunakan perkataan Allah dalam edisi bahasa Malaysianya.

[ sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/122102 ] 
____________________________


Hayati dan renungi firman Allah S.W.T di dalam surah al-Isra', ayat 36 :



 وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا


" dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan diminta untuk dipertanggungjawabkan"


Sekadar renungan " Orang yang paling teruk lagi hina apabila ia mengatakan sesuatu yang ia tidak tahu dan tidak ada ilmu tentangnya tetapi menganggap dirinya seolah-olah ada ilmu dan pakar mengenainya dan mengetahui tentangnya" 
amat malang dan teramatlah malang......

والعياذ بالله


Saturday, January 16, 2010

Cukuplah kematian itu menjadi peringatan




Masya Allah ....

Kata-katanya penuh dengan nasihat dan pengajaran
menyentuh jiwa dan perasaan
bagi setiap makhluk bernyawa yang pasti menemui kematian
berkeseorangan tanpa ditemani rakan taulan...


Mana pergi teman-teman,
ketawa...riang gembira...
mana pergi harta kekayaan
wang ringgit...saham...banglo..rumah penginapan..
mana pergi pangkat dan kebesaran,

mana pergi ....mana pergi ...mana pergi kesemuanya...

Yang tinggal hanya amalan ...
bersediakan kita dengan bekalan
Ingatlah dunia ini hanya persinggahan dan jambatan
ke alam akhirat tempat yang berkekalan
bersama alNabiyyin, alSiddiqin, alSyuhada wa al-Solihin itulah impian dan harapan..AMIN..

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali"

 اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung dariMu azab kubur, dan daripada azab api neraka, dan daripada fitnah di semasa hidup dan sesudah mati, dan daripada fitnah Masih al-Dajjal" [ Sahih Bukhari, 1288 ]

Thursday, January 7, 2010

Persoalan yang sering ditanya mengenai Gerhana


s : Bolehkah sembahyang gerhana dilakukan di kawasan yang luas lagi lapang ?

J : Boleh, tiada halangan bagi perkara tersebut. Sebaiknya dilakukan di Masjid sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Wallahu A'lam

S: Adakah disunatkan untuk Iqamah ?

J: tidak disyariatkan dilauangkan Iqamah bahkan disunatkan melaungkan الصلاة جامعة sebagaimana yang diriwayatkan oleh

Bukhari daripada Abdullah bin Amru ;

لَمَّا كَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُودِيَ إِنَّ الصَّلَاةَ جَامِعَةٌ

"Ketika berlaku gerhana Matahari di zaman Rasulullah s.a.w, 
maka diserukan " sembahyang berjemaah"
dalam hadith yang lain, Rasulullah s.a.w mengutus seseorang ntuk menyeru kaum muslimin dengan seruan tersebut. [ Sahih Muslim 1501]
 Wallahu A'lam

S : Bagaimana cara melakukan solat gerhana ?

J : Yang afdalnya adalah kaifiah solat yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu sebanyak 2 rakaat dan setiap rakaat mempunyai 2 qiyam ( berdiri ), 2 ruku' dan 2 sujud ( seperti biasa ) begitu juga diulang pada rakaat kedua . Maka, sembahyang gerhana itu mempunyai 2 rakaat, 4 qiyam, 4 rukuk dan 4 sujud.
Namun, dibolehkan juga untuk bersembahyang sunat tersebut sebagaimana sunat biasa. rujuk artikel sebelum ini.Wallahu A'lam

S : Bila berakhirnya sembahyang gerhana ?

J : Sembahyang gerhana bermula ketika berlakunnya gerhana samada matahari atau bulan dan berakhir sehingga luput waktu gerhana.Wallahu A'lam


S : Bolehkah sembahyang gerhana digantikan di waktu yang lain ?

J : Tidak disyariatkan Qada' atau ganti sembahyang gerhana setelah luput waktunya. Wallahu A'lam


S : Bolehkah berpuasa kerana berlakunya gerhana?

J : Tidak disyariatkan . Wallahu A'lam


S : Ada yang mengatakan bahawa sujud juga disunatkan dipanjangkan bacaan tasbih sebagaimana ruku' ?

J : Para ulama Fiqh berselisih pandangan mengenai perkara ini, menurut Imam Syirazi di dalam kitabnya Muhazzab menjelaskan bahawa tidak disunatkan memanjangkan sujud sebagaimana ruku' kerana Imam Syafi'e tidak pernah menaqalkan perkara ini dan tidak ada sandaran sahih mengenainya, namun Imam Nawawi di dalam penjelasan dalam kitab Majmuk iaitu syarah kepada kitab Muhazzab 6/117-119 menyatakan bahawa para ulama syafi'e berselisih mengenai perkara tersebut. Imam Nawawi menyatakan bahawa memanjangkan sujud sebagaimana ruku' juga adalah sunat. Ianya berasaskan beberapa hadith sahih di antara hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abi Musa al-Asyari yang menceritakan cara sembahyang Nabi s.a.w ketika gerhana ;

 فَأَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ
( Gerhana telah berlaku pada zaman Rasulullah, lalu Rasulullah s.a.w berdiri dengan keadaan terkejut ( takut ) kerana dikhuatiri kiamat akan berlaku ) maka Rasulullah s.a.w telah pergi ke Masjid dan bersembahyang, maka Rasulullah s.a.w memanjangkan qiyam ( berdiri) , ruku' dan juga sujud . [ Sahih Bukhari (999) ]

Imam Nawawi juga menegaskan bahawa Imam Syafi'e ada menyatakan perkara ini melalui riwayat Imam Buwaiti. Pandangan ini juga disokong oleh Imam Haramain, Imam al-Ghazali dan al-Bughawi. Imam Nawawi juga menaqalkan kata-kata Imam Syafi'e yang masyhur " Apabila sesuatu hadith itu sahih yang menyalahi pandangan aku, maka tinggalkan pandangan aku dan beramallah dengan hadith ( sahih ) tersebut"

Oleh kerana terdapat hadith yang sahih lagi thabit, maka sunat juga dipanjangkan tasbih di dalam sujud sepertimana ruku'. wallahu alam
[ Rujuk kitab Majmuk, Jilid 6, Halaman 117-119 ]



S : Bolehkah sembahyang gerhana dilakukan secara sendirian ?

J : Boleh, dan sah solatnya. Wallahu A'lam


S : Adakah sah sembahyang gerhana sekiranya tidak membaca khutbah gerhana ?

J : Sah kerana khutbah gerhana bukan syarat sah sembahyang gerhana bahkan khutbah tersebut hanya sunat sahaja. Wallahu A'lam


S : Adakah khutbah gerhana sama seperti khutbah jumaat ?

J : Sama sahaja dari segi rukun dan syarat-syaratnya.Wallahu A'lam

WALLAHU A'LAM


Tuesday, January 5, 2010

Gerhana Matahari

Alhamdulillah, pembukaan tahun baru masehi iaitu pada 01 Januari 2010  kita telah diberikan nikmat oleh Allah s.w.t untuk memerhati, mentadabbur serta menghayati kebesaran Allah s.a.w dengan kejadian Gerhana Bulan Separa yang dapat dilihat di Malaysia. Maka, umat Islam berpeluang melaksanakan tuntutan ibadah sunat iaitu sembahyang gerhana di samping mendengar khutbah khusus mengenai dengan gerhana yang memberikan kita keinsafan betapa manusia ini bersifat kerdil dan faqir di sisi Allah s.w.t. Kita diperingatkan bahawa Allah Maha Berkuasa menjadikan setiap kejadian di dunia ini . Pergerakan alam cekerawal yang mengikut peraturan yang ditetapkan olehNya memberikan  kita kesempatan  dan peluang untuk memperhebatkan dan memperbanyakkan beribadah serta bertaubat kepada Allah s.w.t. 

InsyaAllah pada 15 Januari 2010 bersamaan dengan 29 Muharram 1431 Hijriah kita diberikan lagi kesempatan dan peluang untuk melihat dan bertafakkur sejenak fenomena GERHANA MATAHARI yang akan dapat dilihat di Malaysia pada tarikh tersebut. 

Menurut Cikgu Baharuddin Zainal "gerhana matahari ini terjadi apabila ketika ijtimak, bumi, bulan dan matahari berada sesatah. Ketika itu cahaya matahari terhalang sampai kepermukaan bumi kerana terlindung pada bulan". [ Ilmu Falak, Halaman 90, Edisi Kedua ] 





Gehana matahari ini tebahagi kepada tiga bahagian ; 

Pertama : Gerhana Matahari Penuh [ apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya ]

Kedua    : Gerhana Matahari Separa [ apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari ]
Ketiga   : Gehana Matahari Cincin [ apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.]

Pada 15 Januari 2010 ini, merupakan fenomena Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat. 

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.

Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Wallahu Alam

Sumber rujukan ;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari
http://www.falak-online.net/portalfalak/content/3/1/2010/gerhana-matahari-separa-15-januari-2010
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OH2010.html
Ilmu Falak, Baharuddin Zainal, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
 

Gerhana Matahari 15 Januari 2010

Pada 15 Januari 2010 pada lebih kurang 13.20 hrs IST, terdapat satu anulus suria gerhana matahari berlaku di India. Gerhana boleh dilihat penuh selama 10.4 minit di India. Tempat terbaik adalah Dhanushkodi dalam Pulau Pamban di pantai Tamil Nadu. Dhanushkodi kini adalah sebuah bandar hantu dan ia kira-kira 18 km timur Selatan daripada Rameshwaram dan 18 km Barat Pulau Mannar di Ceylon.
Gerhana bermula di Uganda, melalui Nairobi, memasuki lautan India di mana gerhana terbesar adalah berlaku dalam pertengahan Ocean. Selepas itu memasuki Maldives, di mana ia akan menjadi kedua terpanjang dengan 10.8 Min menonton. Selepas itu memasuki dan keluar India di Rameswaram. Hanya beberapa tempat daratan gerhana di India.
Selepas Rameswaram, memasuki Sri Lanka di Pulau Delft, keluar di Jaffna di Sri Lanka, melintasi Bay of Bengal dam berakhir di Burma - sempadan China. Data lengkap adalah dalam laman web NASA
Lokasi terbaik di India antara pulau kecil Kodandaramar Temple dan Dhanushkodi, yang jatuh pada garis pusat gerhana. Kebanyakan had utara bayang di India adalah Cuddalore, Neyveli, Erode, Kodaikanal, Madurai. Lokasi-lokasi terbaik lain: Trivandrum dan Cape Comorin. Kedua-dua adalah 22 km utara bagi garis pusat.
Satu-satunya cara sampai Dhanushkodi atau kodandaramar temple dengan bas ST atau kereta daripada Rameswaram dan untuk Dhanushkodi selepas akhir jalan ia ialah hanya dengan kereta-kereta pemancing atau 4x4 SUVs . Kebenaran adalah diperlukan memasuki Dhanushkodi daripada pos kawalan pantai sebagai kawasan itu 10km daripada pantai Sri Lanka
Garis tengah itu membenarkan beberapa 2km timur Kodandaramar Temple. Lokasi sebenar adalah antara akhir NH dan Dhanushkodi. Dhanushkodi adalah antara 2km timur garis pusat. Perbezaan darjah adalah kira-kira 0.2 antara garis pusat.




Dipetik dari laman web :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari_15_Januari_2010
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OH2010.html