BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 5, 2010

Gerhana Matahari

Alhamdulillah, pembukaan tahun baru masehi iaitu pada 01 Januari 2010  kita telah diberikan nikmat oleh Allah s.w.t untuk memerhati, mentadabbur serta menghayati kebesaran Allah s.a.w dengan kejadian Gerhana Bulan Separa yang dapat dilihat di Malaysia. Maka, umat Islam berpeluang melaksanakan tuntutan ibadah sunat iaitu sembahyang gerhana di samping mendengar khutbah khusus mengenai dengan gerhana yang memberikan kita keinsafan betapa manusia ini bersifat kerdil dan faqir di sisi Allah s.w.t. Kita diperingatkan bahawa Allah Maha Berkuasa menjadikan setiap kejadian di dunia ini . Pergerakan alam cekerawal yang mengikut peraturan yang ditetapkan olehNya memberikan  kita kesempatan  dan peluang untuk memperhebatkan dan memperbanyakkan beribadah serta bertaubat kepada Allah s.w.t. 

InsyaAllah pada 15 Januari 2010 bersamaan dengan 29 Muharram 1431 Hijriah kita diberikan lagi kesempatan dan peluang untuk melihat dan bertafakkur sejenak fenomena GERHANA MATAHARI yang akan dapat dilihat di Malaysia pada tarikh tersebut. 

Menurut Cikgu Baharuddin Zainal "gerhana matahari ini terjadi apabila ketika ijtimak, bumi, bulan dan matahari berada sesatah. Ketika itu cahaya matahari terhalang sampai kepermukaan bumi kerana terlindung pada bulan". [ Ilmu Falak, Halaman 90, Edisi Kedua ] 





Gehana matahari ini tebahagi kepada tiga bahagian ; 

Pertama : Gerhana Matahari Penuh [ apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya ]

Kedua    : Gerhana Matahari Separa [ apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari ]
Ketiga   : Gehana Matahari Cincin [ apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.]

Pada 15 Januari 2010 ini, merupakan fenomena Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat. 

Kemudian ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.

Di Malaysia, hanya Gerhana Matahari Separa sahaja dapat dilihat pada tarikh tersebut.

Wallahu Alam

Sumber rujukan ;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Gerhana_matahari
http://www.falak-online.net/portalfalak/content/3/1/2010/gerhana-matahari-separa-15-januari-2010
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/OH/OH2010.html
Ilmu Falak, Baharuddin Zainal, Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
 

0 comments: