- Kejadian gerhana adalah merupakan satu fenomena kejadian alam yang menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah s.w.t sesuai dengan Hadith Rasulullah s.a.w sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari [ 983/986 dan selainnya dengan lafaz yang berbeza ] dan Imam Muslim [ 1512 ]
إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah, keduanya tidak berlaku ( semasa gerhana ) kerana matinya seseorang atau menunjukkan hidupnya seseorang, maka apabila kamu melihat fenomena atau kejadian tersebut maka hendaklah kamu berzikir kepada Allah [ dengan bersembahyang dan berdoa ] kepada Allah"
dalam lafaz yang lain, Rasulullah menyebutkan [ Bukhari : 1000, Muslim : 1522 dengan lafaz berbeza ]
فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى يَنْجَلِيَ
"maka apabila kamu melihat kejadian tersebut ( gerhana matahari dan bulan) maka berdoalah kepada Allah dan bersembahyang sehingga tersingkap semula bagi kamu"
* Gerhana bulan di dalam bahasa arab dipanggil sebagai khusuf الخسوف , berlaku pada waktu malam
* disyariatkan pada tahun kelima hijrah
* Sembahyang gerhana : Sunat Muakkad
* disunarkan melakukan secara berjemaah
* cara bersembahyang ;
3 cara ;
1. Yang terlebih sempurna : 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 qiyam dan 2 ruku' yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat (Kesimpulannya: jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam dua rakaat solat sunat gerhana).
Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.
Rakaat pertama :
Qiyam pertama : selepas membaca fatihah, dibaca surah al-Baqarah atau kadar panjang dengan surat al-Baqarah ( 286 ayat) , Ruku' : kadar panjang anggaran 100 ayat
Qiyam kedua : selepas membaca fatihah, dibaca surah kadar ayat 200 ayat , Ruku' : kadar panjang anggaran 80 ayat
rakaat kedua :
Qiyam ketiga : selepas fatihah, panjangnya kadar 150 ayat, Ruku' : kadar 70 ayat
Qiyam keempat : selepas fatihah, dibaca panjang kadar 100 ayat dari surah al-baqarah, Ruku': kadar 50 ayat
[ dinaqalkan daripada al-Khatib bahawa Imam al-Buwaithi menyatakan bahawa bagi qiyam ke 2 di baca surah ali Imran atau kadar panjang ayat surah tersebut, qiyam ke3 di baca surah al-Nisa' atau kadar panjang ayat surah tersebut , pada qiyam ke4 di baca surah al-Maidah atau kadar panjang ayat dalam surah tersebut . ( Kitab al-Iqna, al-Khatib : 1/393 ]
2. dilakukan 2 rakaat dengan 2 kali qiyam dan 2 kali ruku', dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat. Ini adalah cara yang sederhana dan tidak memakan masa yang lama.
3. Sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa.
* Gerhana bulan dibaca secara jahr ( jelas ) sedangkan gerhana mahatari secara sirr (diperlahankan suara )
* Membaca khutbah gerhana selepas sembahyang sunat gerhana - [ menyeru manusia agar bertaubat dan melakukan amal soleh serta mengingatkan manusia dari leka dan lalai dengan tanggungjawab sebagai khalifah dan seumpamanya ]
* Membaca khutbah gerhana selepas sembahyang sunat gerhana - [ menyeru manusia agar bertaubat dan melakukan amal soleh serta mengingatkan manusia dari leka dan lalai dengan tanggungjawab sebagai khalifah dan seumpamanya ]
* disunatkan mandi bagi solat gerhana
* tidak disyariatkan untuk qada' jika luput waktunya
Wallahu Alam
Rujukan :
al-Iqna, al-Sheikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini, Jilid 1, Halaman 393, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut Lebnon
al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab al-Imam al-Syafi'e , Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Jilid 1, Halaman 240-243, Dar al-Qalam, Damsyiq
Rujukan :
al-Iqna, al-Sheikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini, Jilid 1, Halaman 393, Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut Lebnon
al-Fiqh al-Manhaji 'Ala Mazhab al-Imam al-Syafi'e , Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Jilid 1, Halaman 240-243, Dar al-Qalam, Damsyiq
0 comments:
Post a Comment